Pusat pemborong GM Klang menafikan berlakunya jangkitan coronavirus 2019 (2019-nCoV) di gedung membeli-belah berkenaan seperti yang tular di media sosial. Baca Lanjut (bharian)
Kes jangkitan manusia-ke-manusia novel coronavirus 2019 (2019-nCoV) pertama Thailand, sudah dibenarkan keluar dari kemudahan perubatan selepas ujian makmal menunjukkan beliau sembuh daripada penyakit itu. Baca Lanjut (bharian)
Jumlah kematian disahkan akibat wabak coronavirus meningkat kepada sekurang-kurangnya 560, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei yang paling teruk terkesan, melaporkan 70 korban baharu pada Khamis. Baca Lanjut (bharian)
Jabatan Kesihatan Melaka menafikan video tular yang mendakwa sebuah kapal membawa krew kapal dari Wuhan berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi pada Isnin lalu. Baca Lanjut (sinarharian)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menafikan laporan media hari ini mengenai “kejayaan” penemuan ubat untuk merawat orang yang dijangkiti coronavirus, yang menyebabkan wabak di China dan telah tersebar ke sekurang-kurangnya 20 negara lain Baca Lanjut (bharian)
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan empat lagi kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di republik itu yang turut membabitkan seorang bayi lelaki berusia 6 bulan. Baca Lanjut (sinarharian)
Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus hanya 30 jam selepas dia dilahirkan, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa wabak itu boleh berjangkit ketika bayi di dalam rahim. Baca Lanjut (sinarharian)
Tiada sebarang rawatan khusus dilaksanakan pasukan perubatan terhadap kanak-kanak warga China yang dirawat akibat positif koronavirus di Hospital Sultanah Maliha Langkawi dan disahkan bebas daripada wabak berkenaan semalam. Baca Lanjut (sinarharian)
Kematian coronavirus pertama dilaporkan di Hong Kong hari ini, penyiar berita tempatan TVB, berkata ia adalah kematian kedua di luar tanah besar China. Baca Lanjut (bharian)
Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di Sepang, awal pagi ini. Baca Lanjut (bharian)
Semua warga Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China, susulan penularan coronavirus (2019-nCoV), akan dikuarantin selama 14 hari sebaik saja tiba di negara ini. Baca Lanjut (bharian)
Tidak ada pertambahan kes positif coronavirus baharu (2019-nCOV) di Malaysia sehingga ini, sekali gus menyaksikan tiada sebarang peningkatan wabak itu dalam tempoh lebih tiga minggu. Baca Lanjut (bharian)