Seramai 69 orang yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan lelaki rakyat Malaysia pertama dijangkiti coronavirus (2019-nCOV) sudah menjalani ujian, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Baca Lanjut (bharian)
Kerajaan Sabah memperluaskan langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan coronavirus, termasuk menjalankan tapisan kesihatan di lapangan terbang membabitkan penumpang domestik. Baca Lanjut (bharian)
Industri automotif global termasuk Malaysia mungkin berdepan masalah kekurangan bekalan komponen dan alat ganti jika penutupan kilang pengeluaran utama di beberapa wilayah di China berlarutan. Baca Lanjut (bharian)
Jumlah kematian keseluruhan akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 722 hari ini selepas wilayah Hubei melaporkan 86 kematian terbaharu. Baca Lanjut (bharian)
Jabatan Imigresen Sarawak menolak kemasukan 42 warga asing dalam tapisan ketibaan pelawat sejak 1 Februari lepas hingga 7 pagi tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengenai wabak koronavirus. Baca Lanjut (sinarharian)
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan jumlah kes positif coronavirus (2019-nCoV) sehingga kini meningkat kepada 15 kes dengan pertambahan satu kes baharu membabitkan seorang pelancong wanita dari Wuhan, China. Baca Lanjut (bharian)
Kira-kira 41 lagi penumpang sebuah kapal persiaran yang dikuarantin di Jepun disahkan positif koronavirus, menurut Menteri Kesihatan hari ini. Baca Lanjut (sinarharian)
Badan antirasuah utama China, Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin, mengumumkan pada Jumaat bahawa ia akan menghantar penyiasat ke Wuhan bagi menyiasat ‘isu dibangkitkan rakyat berhubung Dr Li Wenliang’. Baca Lanjut (bharian)
Seorang doktor di China yang merupakan antara terawal memberi amaran mengenai ancaman coronavirus baharu, meninggal dunia pada Jumaat akibat wabak itu. Baca Lanjut (bharian)
Malaysia akan memperketatkan kawalan sempadan dengan menambah bilangan mesin pengimbas haba dan makmal bagi mempercepatkan keputusan sampel jangkitan coronavirus 2019 (2019-nCoV) Baca Lanjut (bharian)
Filipina mungkin menangguhkan penganjuran Sukan Paralimpik ASEAN ke-10 (APG) buat kali kedua susulan penularan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV). Baca Lanjut (sinarharian)
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan warga Kanada yang dilapor pengsan di lot parkir pusat bandaraya Kuala Lumpur semalam bukan disebabkan koronavirus. Baca Lanjut (sinarharian)
Sebuah pusat pameran di Wuhan yang diubah suai menjadi hospital sementara untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus memulakan operasinya semalam, lapor agensi berita Xinhua. Baca Lanjut (sinarharian)
Kementerian Kesihatan mengesahkan dua lagi mangsa dikesan positif novel coronavirus (2019-nCoV) termasuk kes pertama membabitkan warga tempatan yang tidak pernah ke China. Baca Lanjut (bharian)
Resort World Genting (RWG) terus melaksana pemantauan dan mengambil langkah ketat bersesuaian amalan kesihatan dan keselamatan antarabangsa untuk melindungi semua tetamu serta kakitangan daripada risiko penyebaran coronavirus. Baca Lanjut (bharian)