American Airlines Inc (American) akan menggantung semua penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) ke Milan, kata syarikat itu semalam, beberapa jam selepas Jabatan Negara AS meningkatkan tahap amaran perjalanan bagi sebahagian Itali susulan wabak coronavirus Baca Lanjut (bharian)
Kementerian Kesihatan Qatar hari ini melaporkan kes pertama COVID-19 disahkan di negara itu, membabitkan seorang mangsa berusia 36 tahun yang baru kembali dari Iran Baca Lanjut (bharian)
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif mencegah penyebaran virus COVID-19 bagi memastikan kelangsungan urusan Kedai Tenaga, demi kemudahan pelanggan. Baca Lanjut (bharian)
Korea Selatan mengesahkan 594 lagi kes COVID-19, hari ini, iaitu peningkatan terbesar setakat ini yang menjadikan jumlah jangkitan mencecah 2,931 dengan penambahan tiga kematian. Baca Lanjut (bharian)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menaikkan penilaian risiko global terhadap COVID-19 ke tahap tertinggi selepas epidemik itu menular ke sub-Sahara Afrika dan pasaran kewangan menjunam. Baca Lanjut (bharian)
Singapura melaporkan dua lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 98 orang. Baca Lanjut (bharian)
Malaysia menyekat sementara kemasukan semua pelawat dari Korea Selatan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, berkuat kuasa serta merta Baca Lanjut (bharian)
Indonesia menggesa kerajaan Arab Saudi membenarkan ratusan rakyatnya yang terkandas di lapang terbang di sini untuk meneruskan umrah susulan pihak berkuasa negara itu menggantung kemasukan asing untuk ibadat umrah dan ziarah ekoran bimbang penularan COVID Baca Lanjut (bharian)
Kementerian Kesihatan Iran hari ini mengumumkan wabak COVID-19 di negara itu telah meragut 26 nyawa, dengan tujuh kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam apabila penyebaran wabak itu semakin meningkat. Baca Lanjut (bharian)
Arab Saudi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi di Madinah. Baca Lanjut (bharian)
Sebuah bandar di wilayah Hubei iaitu pusat penyebaran wabak coronavirus (COVID-19), bersedia membayar penduduk sehingga 10,000 yuan (RM6,001) jika memberi semua maklumat berhubung simptom secara proaktif, sebaik sahaja disahkan positif virus. Baca Lanjut (bharian)
Seramai 1,548 individu sudah diambil sampel pengesanan jangkitan COVID-19, sehingga semalam. Baca Lanjut (bharian)
Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harichi semalam mengesahkan beliau telah diuji positif COVID-19 berikutan wabak besar virus berkenaan di republik itu. Baca Lanjut (bharian)
Seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Korea Selatan diuji positif COVID-19, kata komander tentera hari ini, tatkala jumlah kes di negara itu melonjak lagi. Baca Lanjut (bharian)
COVID-19 melanda empat lagi negara Asia Barat semalam, dengan Bahrain, Iraq, Kuwait dan Oman melaporkan kes-kes baharu dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyeru rakyatnya tidak pergi ke Iran dan Thailand. Baca Lanjut (bharian)