190 kes baharu COVID-19 di Malaysia


KUALA LUMPUR: Sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan coronavirus (COVID-19) dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes positif wabak berkenaan adalah 428 kes.

Berdasarkan siasatan awal Kementerian Kesihatan, kebanyakan kesan baharu berkenaan adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sembilan kes positif COVID-19 sehingga kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Tujuh kes disahkan positif COVID-19 sebelum ini pulih dan dibenarkan keluar dari wad Hospital Sungai Buloh.

“Ini menjadikan 42 kes pulih sepenuhnya setakat ini daripada COVID-19 dan dibenarkan pulang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

bharian