12 kes baharu jangkitan COVID-19


Kuala Lumpur: Sebanyak 12 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu sehingga kini ialah 129.

Melalui kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, kes positif ini adalah dalam kalangan Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Kenyataan itu berkata, seorang pesakit iaitu kes ke-87 bagaimanapun sudah pulih dan didiscaj daripada hospital menjadikan sehingga kini seramai 25 sudah pulih sepenuhnya.

bharian