Seramai 14 lagi positif COVID-19


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 14 lagi individu positif COVID-19 dan semuanya ialah kontak rapat dengan kes ke-26.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 50 kes dan 22 daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Katanya, negara kini sudah memasuki gelombang kedua COVID-19 bermula 27 Februari lalu selepas 11 hari tidak mempunyai kes baharu.

bharian