Pejabat Khazanah dikosongkan


KUALA LUMPUR: Pejabat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) di KL Sentral, di sini, sudah dikosongkan susulan laporan seorang kakitangan dijangkiti coronavirus (COVID-19).

Pengawal keselamatan yang ditemui berkata ketika ini, hanya beberapa pengawal ditempatkan sekitar lobi dan pekarangan bangunan terbabit bagi memantau keadaan semasa.

“Yang saya tahu bangunan ini sudah kosong dan pelawat pun tidak dibenarkan masuk ke bangunan ini.

“Hanya tinggal beberapa pengawal keselamatan pantau keadaan semasa,” katanya pada BH, di lobi bangunan itu, di sini, hari ini.

Semalam, Khazanah dilaporkan sedang bekerjasama dengan jabatan kesihatan untuk mengesan kontak rapat seorang kakitangan mereka yang disahkan dijangkiti COVID-19.

Khazanah memaklumkan pihaknya turut mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kesihatan dan keselamatan setiap kakitangan mereka.

bharian